Strok adalah serangan otak yang terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu menyebabkan terjejasnya deria-deria, pertuturan, sikap, ingatan terubah dan sebelah tubuh mungkin lumpuh
Penting bagi pesakit untuk mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin...
Memberikan perkhidmatan latihan fizikal untuk memulihkan kecergasan pesakit supaya dapat hidup bebas berdikari ia termasuk memberi latihan kemahiran teras seperti latihan pengukuhan otot, latihan mobiliti seperti belajar berjalan dengan menggunakan alat bantuan
TERAPI PERTUTURAN
Mengenalpasti, mencegah, menilai dan melakukan rehabilitasi atau intervensi bagi individu yang mengalami kecelaruan bahasa, pertuturan dan komunikasi. Selain itu, kami juga terlibat dalam penilaian dan pengendalian masalah suara dan penelanan
TERAPI CARA KERJA
Mereka membantu menggabungkan kemahiran yang dipelajari dalam bentuk fizikal, pekerjaan dan terapi pertuturan untuk diadaptasikan ke dalam rutin harian pesakit
KAUNSELING
Memberi dorongan dan semangat kepada pesakit untuk terus berusaha dari segi fizikal dan mental
TERAPI URUTAN
Urutan refleksologi merupakan salah satu rawatan bagi menghilangkan sakit-sakit badan atau masalah kesihatan yang lain secara semulajadi serta meningkatkan peredaran darah di bahagian-bahagian tertentu badan bagi mengurangkan kesakitan